Saturday 24 November 2012

KAEDAH MAIN SAMBIL BELAJAR


KAEDAH MAIN SAMBIL BELAJAR


Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

Ciri-ciri Penting

1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa
2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak
3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna
5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain
6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah

Tuesday 20 November 2012

LAFAZ NIAT SOLAT


KAEDAH TUNJUK CARA/ DEMONSTRASI

Tunjuk cara ialah satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur. Ia melibatkan demonstrasi guru atau seorang individu di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah. Cara ini sesuai untuk pengajaran tarian, kemahiran hidup, lukisan, jimnastik atau proses pengajaran yang menjalankan sesuatu aktiviti.

Ciri-ciri penting
1. Memberi peluang kepada pelajar untuk benar-benar memahami apa yang hendak dipelajarai setelah melalui prosedur yang ditunjukkan
2. Membuat pelajar menguasai konsep dan prinsip dengan mudah
3. Meningkatkan ingatan pelajar terhadap langkah-langkah pelaksanaan sesuatu eksperimen
4. Meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti
5. Membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah

Kelebihan teknik tunjuk cara ini ialah memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada pelajar melalui penglihatan dan pendengaran Tiga jenis tunjukcara ialah model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Monday 19 November 2012

KONSEP PEMBELAJARAN



Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Mengikut Robert M. Gagne (1970) dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.Manakala Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

Wednesday 14 November 2012

VIDEO PENERANGAN KSSR



MENGINGATI MATI


Menurut imam Ghazali di antara sifat mahmudah yang perlu kita amalkan ialah mengingati mati.Ini bersesuaian dengan hadis Nabi SAW yang bermaksud:

" Sepintar - pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya,mereka itulah orang yang bijaksana ''

Sudahkah kita mengamalkan sifat ini?jika belum marilah kita bersama-sama cuba mengamalkannya.

Sekian....... 

Tuesday 13 November 2012

KONSEP PENGAJARAN

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses  yang berkaitan dengan penyebaran  ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu.Ia meliputi perkara-perkara seperti perancangan , pengelolaan,penyampaian,bimbingan dan penilaian yang bertujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar - pelajar 
dengan cara yang berkesan.Menurut Thomas F.Green,tujuan mengajar ialah menukar tingkah laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru.