NOTA SIRAH

TAHUN 3

PEKERJAAN NABI SEMASA KECIL

Pekerjaan semasa kecil :
Setelah kematian ibu dan datuknya,nabi dipelihara dan tinggal bersama bapa saudaranya Abu Talib.Untuk meringankan bebanan bapa saudaranya nabi mengambil upah menggembala kambing.Setelah berumur 12 tahun,baginda di bawa oleh bapa saudaranya ke Syam untuk melatih baginda berniaga.

Hikmahnya :
1. Nabi menjadi tabah dan sabar menghadapi ujian hidup
2. Membentuk akhlak dan peribadi mulia nabi
3.Baginda tidak terpengaruh dengan perkara tidak baik
4.Baginda dapat menghabiskan masa remajanya dengan pekerjaan yang berfaedah.

No comments:

Post a Comment